KESEDARAN TERHADAP SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI DI PAHANG RENDAH

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 13 OKTOBER 2020: Kesedaran masyarakat mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO berada pada tahap sangat rendah iaitu 1.62 peratus di negeri ini.

Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Encik Hamzi Hanifa Mahyuddin berkata, setakat ini hanya 2,384 individu yang bekerja sendiri telah mencarum dengan SKSPS.

“Jika berpandukan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jumlah mereka yang bekerja sendiri di negeri Pahang adalah seramai 147,100 orang pada 2019.

“Jumlah rakyat Pahang yang bekerja sendiri yang telah berdaftar dan mencarum dengan SKSPS di negeri Pahang adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang bekerja sendiri yang direkodkan oleh DOSM,” katanya ketika dihubungi UKOMP hari ini.

Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Encik Hamzi Hanifa Mahyuddin.

Beliau berkata, skim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Menurutnya, skim ini juga memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan.

“Bencana Pekerjaan Sendiri meliputi kecederaan diri mereka yang mengambil skim ini disebabkan kemalangan atau penyakit pekerjaan daripada dan semasa mereka menjalankan aktiviti pekerjaan.

“Terdapat sembilan faedah di bawah skim ini iaitu Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional, dan Faedah Pendidikan,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai supaya mengambil peluang untuk mencarum di dalam skim ini bagi memastikan diri dan keluarga dapat dilindungi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 90 total views

Please follow and like us:
error
error: