Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin tidak melepaskan peluang melihat bunga pokok teratai di Tasik Chini.

KESAN PEMULIHAN DAN PEMULIHARAAN TASIK CHINI DALAM 10 TAHUN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 07 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang menjangkakan kesan pemulihan dan pemuliharaan di Tasik Chini akan dapat dikembalikan secepatnya dalam tempoh 10 tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata kawasan Tasik Chini seluas 4,900 hektar juga telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal dan tempoh bagi kawasan ini kembali pulih adalah dianggarkan dalam tempoh 10 tahun hingga 20 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin

“Kawasan ini juga telah diisytiharkan sebagai tapak rezab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009 jadi pewartaan Tasik Chini sebagai kawasan hutan simpan kekal adalah salah satu usaha pemulihan dan pemuliharaan kawasan ini.

“Selain itu kita juga akan meneruskan program untuk mengawal perubahan iklim melalui penanaman pokok dan penghijauan bumi di kawasan yang terjejas akibat aktiviti sebelum ini.

“Kita juga menunggu beberapa kawasan perlombongan yang diluluskan sebelum ini tamat dahulu sebelum program pemulihan dijalankan dalam skala yang lebih meluas,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negeri Pahang yang bertemakan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama di Pusat Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Tasik Chini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negeri Pahang yang bertemakan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama di Pusat Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Tasik Chini, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, YBhg. Tuan Haji Mohd Sani Mat Daud; Pengarah Tourism Pahang, YH. Dato’ Ishak Mokhtar; Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Pahang, YBhg. Encik Ahmad Tajuddin Gezai; Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pahang, YBhg. Encik Ariffin Awang; dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Mohd Sahrim Md Zain.

Beliau berkata kerja memulihkan kembali Tasik Chini ini juga mendapat kerjasama daripada UKM melalui pusat penyelidikan di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin mencampakkan biji binih pokok teratai kedalam Tasik Chini

Inisiatif pemulihan Tasik Chini ini telah bermula pada tahun lepas semasa Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pada 13 Mac 2019 sebagai tanda Kerajaan Pahang mengambil serius masalah yang berlaku di kawasan ini.

Ini termasuklah penetapan dasar khas bagi kegiatan perlombongan iaitu antaranya dengan tidak meluluskan pajakan melombong yang baharu di sekitar kawasan Tasik Chini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download