Keadaan kejadian tanah runtuh di Taman Wira, Pedah, Jerantut yang berlaku Khamis lalu.

KERJA-KERJA SEGERA BAIKI TEBING RUNTUH DI TAMAN WIRA, PEDAH, JERANTUT

KUANTAN, 13 FEBRUARI 2021: Susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wira, Pedah, Jerantut awal pagi Khamis lepas, Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar kerja-kerja pembaikian dilaksanakan segera di sana.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja tersebut termasuklah pembinaan struktur ‘gabion’ sepertimana dicadangkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut.

Beliau berkata, menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, kejadian kira-kira jam 1 pagi Khamis itu susulan hujan lebat berterusan melebihi 3 jam menyebabkan aliran air anak Sungai Nahar yang laju, seterusnya menghakis tebing ‘concrete slab’ sedia ada hingga meruntuhkannya.

“Ekoran itu juga, papan tanda dan kon keselamatan telah dipasang di sekitar kawasan terjejas, manakala kakitangan JPS dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) mengadakan
pemantauan berkala,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau juga berkata, setakat ini, runtuhan tersebut tidak menjejaskan rumah di taman berkenaan tetapi tindakan pemindahan penghuni akan dibuat sekiranya keadaan semakin berisiko terutamanya daripada segi keselamatan mereka. PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download