Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato' Abd. Rahim Muda bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPK) Kuantan, YH. Dato' Hamdan Hussin turun padang melawat kerja kerja menaiktaraf siar kaki dan kemudahan awam di lorong belakang Jalan Mahkota dan di sekitar pusat bandar Kuantan.

KERJA-KERJA MENGINDAHKAN JALAN DAN MURAL DI BANDAR KUANTAN SEDANG GIAT DILAKSANAKAN

Oleh : Mahathir Ali

Kuantan, 24 DISEMBER 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sedang melaksanakan fasa satu kerja-kerja mengindahan jalan serta mural di lorong belakang Jalan Mahkota dan di pusat Bandar Kuantan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPK) Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, kerja ini meliputi pemasangan interlocking 3D, melukis mural dan pemasangan lampu-lampu pencahayaan di lorong ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd. Rahim Muda bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPK) Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Hussin turun padang melawat kerja kerja menaiktaraf siar kaki dan kemudahan awam di lorong belakang Jalan Mahkota dan di sekitar pusat bandar Kuantan.

“Dijangka projek ini siap pertengahan Januari 2021. Setakat ini pemilik bangunan memberi kerja sama sepenuhnya dan mereka juga bersama-sama kini untuk meningkatkan keceriaan kedai masing-masing.

“Konsep hipster memang menjadi trend di lorong berkenaan dan semakin popular dikalangan remaja dan orang muda di Kuantan. Malah konsep ini juga terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

“Sudah tentu kawasan ini nanti akan dikunjungi ramai orang sekaligus menjadikan Bandar Kuantan antara bandar yang disukai pengunjung,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd. Rahim Muda bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPK) Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Hussin turun padang melawat kerja kerja menaiktaraf siar kaki dan kemudahan awam di lorong belakang Jalan Mahkota dan di sekitar pusat bandar Kuantan.

Sebelum ini beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd. Rahim Muda turun padang melawat kerja kerja menaiktaraf siar kaki dan kemudahan awam di lorong belakang Jalan Mahkota dan di sekitar pusat bandar Kuantan.

Dalam lawatan itu mereka turut meluangkan masa bertemu peniaga-peniaga kecil di situ bagi menyelami permasalahan dan mendengar cadangan dari mereka.

Peniaga-peniaga ini merupakan ikon ekonomi Bandar Kuantan kerana mereka telah berniaga disitu sejak awal 80an. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download