Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika mewakili YAB Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana Gugusan Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir Hadapan Masjid Al Falah Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

KERAJAAN TAMBAHBAIK SOP CEGAH DENGGI

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 26 Julai 2020 – Kerajaan Negeri akan menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha membanteras wabak denggi di Daerah Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, usaha ini perlu bagi memastikan penglibatan orang ramai dapat dioptimumkan pada masa akan datang.

“Kita hendak pastikan semua isi rumah terlibat dengan program yang dianjurkan terutama di kawasan yang dilanda wabak denggi supaya dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan.

“Dalam usaha kita menangani wabak ini, persefahaman adalah aspek penting yang perlu ditekankan kerana terdapat pihak yang masih kurang faham tentang sifat-sifat nyamuk aedes itu sendiri di mana kita tidak seharusnya menumpukan kepada nyamuk aedes itu semata-mata sebaliknya habitat pembiakan nyamuk aedes itu perlu dihapuskan terlebih dahulu,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika mewakili YAB Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana Gugusan Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir Hadapan Masjid Al Falah Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana Gugusan Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir Hadapan Masjid Al-Falah Sungai Isap, di Kuantan, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. En. Abd Rahim Muda, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Haji Bahari Dto’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Husin.

YB Dato Sri Norolazali berkata, program yang berlangsung hari ini merupakan rentetan kepada beberapa program yang pernah dilaksanakan di Sungai Isap sebelum ini dalam usaha berterusan menghapuskan wabak denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika mewakili YAB Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana Gugusan Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir Hadapan Masjid Al Falah Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

Program ini antara lain bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni masyarakat terhadap kebersihan persekitaran dengan melibatkan masyarakat khususnya penduduk setempat dalam aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan aedes.

Dalam perkembangan lain, YB Dato’ Sri Norolazali berkata, kerajaan akan mengadakan Persidangan Memerangi Denggi Negeri Pahang yang dirancang pada Oktober depan bagi memperkasakan usaha bersepadu dalam memusnahkan wabak denggi di negeri ini.

Persidangan tersebut akan disertai oleh pelbagai pihak terlibat di seluruh negeri bagi membincangkan kaedah terbaik dalam memastikan Pahang bebas denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika mewakili YAB Menteri Besar Pahang pada Majlis Perasmian Program Gotong Royong Perdana Gugusan Sungai Isap 2020 di Tapak Parkir Hadapan Masjid Al Falah Sungai Isap, Kuantan, hari ini.

Sementara itu, YH Dato’ Hamdan berkata, pihaknya berhadapan masalah untuk melakukan kerja pembersihan apabila penduduk melakukan ubahsuai rumah atau pun berkebun di lokasi yang tidak sepatutnya.

“Saya menyeru kepada masyarakat agar tidak melakukan sebarang penyambungan rumah yang boleh mengganggu urusan pembersihan di belakang rumah.

“Terdapat banyak halangan di longkang dan kita juga tahu hobi masyarakat ini ada yang suka menanam bunga dengan jumlah pasu yang banyak, ini semua mewujudkan halangan kerja pembersihan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download