Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lepar, YB. Dato' Abd Rahim menyerahkan Insentif Online SPM kepada salah seorang pelajar.

KERAJAAN PAHANG TUNAI JANJI AGIH KEUNTUNGAN HASIL PENDAPATAN

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 19 DISEMBER 2020: Seramai 79 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Dewan Negeri (DN) Lepar menerima sumbangan Insentif Pembelajaran Secara Online berjumlah RM50 setiap seorang daripada Kerajaan Pahang.

Majlis penyampaian berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lepar, YB. Dato’ Abd Rahim Muda di pejabat DN Lepar, Gambang baru-baru ini.

Sumbangan ini diagihkan kepada empat buah sekolah iaitu SMK Gambang, SMK Lepar Hilir, SMK Lepar Utara dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lepar, YB. Dato’ Abd Rahim menyerahkan Insentif Online SPM kepada salah seorang pelajar.

Sumbangan disampaikan kepada Pengetua dan wakil pelajar dengan dihadiri jumlah yang kecil sebagai simbolik penyerahan dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

Menurut YB. Dato’ Abd Rahim, sumbangan Insentif Online SPM Pahang 2020 ini membuktikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menunaikan janji untuk mengagihkan keuntungan hasil pendapatan Kerajaan Negeri yang meningkat kepada rakyat.

“Ia juga membuktikan Kerajaan Negeri memahami dan mengambil berat masalah yang dihadapi pelajar SPM kerana terpaksa belajar secara online di rumah.

“Sudah tentu data internet diperlukan maka Kerajaan Negeri rasa bertanggungjawab memberi sumbangan ini agar pelajar dapat membeli data internet seterusnya mengulangkaji dan belajar secara online dirumah dengan mudah.

“Saya masih ingat, diawal tahun ini, YAB Menteri Besar Pahang ada berkata, sekiranya hasil pendapatan Kerajaan Negeri meningkat, beliau akan mencari jalan terbaik untuk mengagihkanya kembali kepada rakyat.

“Ini juga merupakan salah satu bentuk sumbangan yang dapat Kerajaan Negeri beri kepada rakyat, seperti yang dijanjikan Menteri Besar Pahang. Inilah Kerajaan Pahang, sentiasa mengotakan janji dan sentiasa berusaha membantu rakyat sebaik mungkin, terima kasih YAB Menteri Besar Pahang,” katanya kepada Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau juga berharap pelajar SPM di Dewan Negeri Lepar dapat menumpukan perhatian dan belajar bersungguh-sungguh hingga dapat mencapai keputusan yang baik pada peperiksaan itu nanti.

“Saya doakan adik-adik semua diberi kesihatan yang baik dan diberi kejayaan dalam peperiksaan ini nanti malah akan menjadi insan yang diredai di dunia dan akhirat serta berjaya dimasa hadapan,” tambahnya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,242 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download