Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini.

KERAJAAN PAHANG TUBUH MTEN UNTUK MAJUKAN EKONOMI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 24 OGOS 2020: Kerajaan Pahang telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang (MTEN) untuk memajukan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memakmurkan negeri Pahang, susulan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, objektif penubuhan MTEN adalah untuk merangka perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil negeri dalam menghadapi suasana ekonomi yang suram.

“MTEN juga mengenal pasti isu-isu dan permasalahan rakyat di Pahang yang terkesan dengan wabak COVID-19 selain mengenal pasti isu-isu serta cabaran perniagaan usahawan termasuk penjaja kecil.

“Majlis itu juga akan merancang strategi dan langkah-langkah penyesuaian perniagaan dalam suasana pasca COVID-19 selain mencadangkan penambahbaikan kaedah penyampaian bantuan untuk dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 12 strategi pembangunan ekonomi negeri Pahang telah diperkenalkan melalui MTEN dan 30 inisiatif telah dikenalpasti berlandaskan strategi-strategi berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga melalui Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu penggangguran kerja di kalangan anak muda akibat penularan wabak COVID-19.

“Ini termasuk meneruskan penganjuran karnival pekerja, temuduga secara berkala, dan melalui ceramah kerjaya. Pihak jabatan juga akan terus membantu pencari kerja yang berdaftar dengan portal www.jobsmalaysia.gov.my,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: