YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kanan) ditemani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim melawat Stesen Kuarantin Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bukit Tinggi, semalam.

KERAJAAN PAHANG TIDAK TERLIBAT DENGAN SEBARANG PENGUMPULAN DANA SELAIN TABUNG COVID-19 NEGERI PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

BENTONG, 07 APRIL 2020 : Kerajaan Pahang tidak terlibat dengan pengumpulan dana bagi wabak COVID-19 selain daripada Tabung COVID-19 Negeri Pahang yang diuruskan oleh Perbendaharaan Negeri Pahang.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata jika ada pihak yang cuba mengumpul derma menggunakan nama Kerajaan Negeri Pahang, pihaknya meminta orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu kesahihan tabung tersebut.

“Kalau ada sesiapa yang raise donation, yang itu state tak terlibat. Cuma kita diberitahu ada beberapa pihak yang cuba mengumpul dana.

“Yang pertama, kalau ada pihak yang mengumpul dana bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang tidak terlibat. Ada isu beberapa pihak ingin mengumpul derma tetapi kita menasihati orang ramai memeriksa dahulu sama ada betul atau tidak,” katanya.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (kanan) meninjau bilik operasi pemantauan kuarantin ketika melawat Stesen Kuarantin Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bukit Tinggi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat Stesen Kuarantin Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bukit Tinggi bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.

Beliau berkata pihak Kerajaan Negeri tidak menyekat mana-mana pihak untuk menghulurkan bantuan tetapi perlulah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan.

“Siapa-siapa yang nak menderma, mengutip derma kena ikut garis panduan yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jadi refer yang itu sahaja.

“Walau bagaimanapun, lebih selamat boleh saja menyumbang melalui tabung COVID negeri atau federal tetapi kalau di negeri ini, bolehlah maklum kita nak salur ke mana, kita boleh salurkan seperti yang diminta,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah pesakit COVID-19 di negeri Pahang, beliau berkata tiada kenaikan yang ketara direkodkan setakat ini.

“Daripada trend peningkatan, memang ada hari-hari yang tiada kes dan peningkatan sekarang ini agak kecil. Kita tiada hari yang kenaikan mendadak.

“Ada sekali sahaja tapi lepas daripada itu, kita hanya ada dua atau tiga kes satu hari dan ada hari yang tiada peningkatan. Jadi, terima kasih kepada orang ramai yang mematuhi arahan PKP dan kita mengharapkan bukan sahaja mematuhi tetapi menggalakkan rakan-rakan dan sebagainya supaya tidak bergerak sesuka hati,” katanya.

Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (tengah) bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim (dua kanan) berbincang dengan sebahagian petugas di Stesen Kuarantin Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) di Bukit Tinggi, semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi sekatan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memutuskan rangakaian wabak ini.

“Selain itu, kita mohon orang ramai memberi sokongan kepada jira atau rakan yang diketahui dikuarantin di rumah, beri sokongan supaya mereka boleh bertahan di rumah dan tolong tanyakan khabar sekiranya mereka memerlukan bantuan, memerlukan pertolongan kerana mereka tak boleh keluar rumah.

“Kerajaan Negeri memang memberikan bantuan kepada mereka yang tidak boleh bergerak tetapi kita memberikan bantuan semampunya tetapi yang paling penting jika kita mengetahui bantulah mereka kerana jika tidak, mereka akan keluar rumah. Jadi kepada mereka yang berada di home surveillance, jika memerlukan bantuan silalah hubungi pusat bencana di daerah masing-masing dan kita menugaskan petugas 24 jam untuk mendengar rayuan mereka dan kita akan bantu sebab mereka ni bukan pesalah, mereka adalah pesakit dan memerlukan perhatian,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download