Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN PAHANG TERUSKAN OPERASI BANTERAS KEBUN HARAM MUSANG KING

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 23 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan meneruskan operasi penguatkuasaan ke atas kebun-kebun haram durian Musang King di Raub dengan kadar segera susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih atas keputusan mahkamah ini dan Kerajaan Pahang akan teruskan operasi terhadap kebun yang dibuat secara haram di situ.

“Dalam Mesyuarat EXCO hari ini juga dapat keputusan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju tindakan penguatkuasaan diambil dengan kadar segera.

“Kita sudah bagi tempoh masa yang sangat mencukupi kepada mereka. Jadi kita akan melaksanakan operasi pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di Hotel Zenith di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, Pengerusi PAAB, YB. Dato’ Sri Hasan Arifin dan barisan EXCO Kerajaan Pahang.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy juga berkata, kerja-kerja penguatkuasaan ini akan dilaksanakan sebagaimana yang dilakukan di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands sehingga masalah pencerobohan tanah haram di kawasan peranginan itu berjaya diatasi.

Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh 204 pekebun durian Musang King Raub tanah yang dikeluarkan Kerajaan Pahang terhadap mereka pada 1 Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, YA Dato’ Haji Zainal Azman Ab. Aziz berdasarkan notis-notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di mana ia bukan keputusan atau tindakan di bawah lingkungan semakan kehakiman dan merupakan tindakan pentadbiran.

Mahkamah juga berpendapat bahawa kesemua pekebun terbabit merupakan penceroboh terhadap tanah-tanah tersebut maka ia tidak mempunyai locus standi atau pendirian undang-undang bagi membuat semakan tersebut. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,162 total views,  12 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download