Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Encik Abd Rahim Muda.

KERAJAAN PAHANG TELAH BANTU SEDIA RUMAH, NAMUN ADA PENDUDUK ENGGAN BERPINDAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 7 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang telah membantu penduduk Kampung Tanah Putih Lama di sini dengan menyediakan unit rumah di flat Perumahan Rakyat Kampung Pak Mahat di sini pada tahun 2014, namun ada segelintir penduduk yang enggan berpindah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, ketika itu, kira-kira 70 peratus penduduk sudah berpindah ke rumah yang disediakan dan selebihnya berkeras untuk tinggal di kawasan itu.

“Bukan kita (Kerajaan Pahang) tidak mahu bantu, kita sudah bantu pun pada tahun 2014… Tetapi ada penduduk yang enggan berpindah. Bagaimana kita mahu membantu mereka lagi?

“Rumah kosong di Perumahan Rakyat Kampung Pak Mahat pula tidak boleh diduduki kerana sedang dalam proses pembaikian dan kini sedang menunggu peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Katanya lagi, ada juga penduduk yang menyewa rumah mereka kepada orang lain walaupun mengetahui tanah yang diduduki itu bukan milik mereka.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang menggunakan isu ini namun tidak menyelesaikannya ketika menjadi kerajaan tidak lama dahulu.

Media sebelum ini melaporkan, penduduk Kampung Tanah Putih Lama merayu pemilik tanah tempat mereka menumpang dapat memberikan tempoh sehingga akhir tahun ini untuk mereka mencari kediaman baharu.

Wakil penduduk, Mohd Musa Hamid berkata, lanjutan tempoh itu bagi membolehkan pihaknya bertemu wakil kerajaan negeri untuk membincangkan penempatan baharu mereka di perumahan milik Kerajaan Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 82 total views

Please follow and like us:
error