Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abdul Rahim Muda menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Perbandaran Bentong yamg sebelum ini menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM5,000 KEPADA MPK DAN MPB

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 03 NOVEMBER 2020: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Pahang sebagai penghargaan setelah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd. Rahim Muda berkata, anugerah ini telah dipilih berdasarkan kajian yang dijalankan oleh PlanMalaysia.

“Kita merasa bangga dengan pencapaian MPK di tempat keenam dan MPB di tempat ketujuh daripada PBT yang ada di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Townhall Bersama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Md Ludin; Setiausaha Bahagian (Bahagian Kerajaan Tempatan), Puan Ismayati Ismail; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan), YH. Dato’ Azlan Mohd Yaman; dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin.

Beliau berkata, pengukuran indeks kebahagiaan ini melibatkan 14 komponen utama yang diukur melalui program jaringan penunjuk mampan bandar dan luar bandar Malaysia iaitu MurniNets.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang juga dalam perancangan untuk memperkenalkan lesen bagi rumah kediaman yang dijadikan rumah tamu.

“Kita lihat kebanyakan homestay (rumah percutian inap desa) sudah jadi guest house (rumah tamu). Di sini konsep homestay dan guest house adalah berbeza.

“Kalau rumah tamu, pemilik kena daftar dengan PBT. Kalau semata-mata homestay, tinggal di rumah bersama tuan rumah, yang itu tak ada masalah tapi kebanyakan yang ada ini adalah berkonsepkan guest house,” katanya.

Beliau berkata, lesen ini telah diluluskan oleh Kerajaan Pahang untuk dibawa ke Sidang Dewan Negeri yang akan datang untuk dijadikan undang-undang.

Tambah beliau lagi, caj yang akan dikenakan kepada pemilik rumah tamu ini masih dalam kajian PBT dan masih belum diputuskan tetapi ianya tidak membebankan pihak pemilik. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: