Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda menyampaikan bantuan am JKM kepada penduduk di Dewan Negeri Pulau Manis yang diwakili ADN Pulau Manis,YB. Dato’ Khairuddin Haji Mahmud (kiri).

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM100,500 KEPADA 335 GOLONGAN MISKIN DI KUANTAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 24 DISEMBER 2020 : Kerajaan Negeri memberikan sumbangan bantuan kewangan kepada 335 penerima daripada golongan miskin di daerah ini dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM100,500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata bantuan ini merupakan bantuan kewangan secara one-off bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda menyampaikan sumbangan kepada wakil wakil ADN Panching, Tuan Haji Mohamad Azhar Bin Mohd Noor.

“Kesemua penerima ini merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana Kerajaan Negeri beri bantuan kepada mereka sebanyak RM300.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban para penerima untuk membeli barang-barang keperluan atau kegunaan lain yang bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas menyampaikan sumbangan Bantuan Kewangan One Off RM300 Kepada Golongan Miskin Penerima Bantuan Am Negeri Pahang kepada wakil tiga Parlimen dan sembilan Dewan Negeri (DN) di daerah ini, di Hotel Grand DarulMakmur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Asmaliza Ku Lah; Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB. Dato’ Sri Shafik Fauzan Haji Sharif; ADN Sungai Lembing, YB. Dato’ Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah; ADN Pulau Manis,YB. Dato’ Khairuddin Haji Mahmud; ADN Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu; Wakil ADN Tanjung Lumpur, Tuan Haji Ahmad Fazil Mohd Alias; wakil ADN Panching, Tuan Haji Mohamad Azhar Bin Mohd Noor, wakil Penyelaras DN Teruntum,
Encik Nara@ Nikman; dan wakil Penyelaras DN Semambu, Encik Kamal Zaim Mohd Amin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada 335 penerima daripada golongan miskin di daerah Kuantan dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM100,500 dari Kerajaan Pahang.

Beliau berkata bantuan seumpama ini merupakan kali pertama diberi oleh Kerajaan Negeri namun tidak menolak ia akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

“Kita bersyukur kerana Kerajaan Negeri mampu untuk memberi sumbangan ini dan mungkin tahun hadapan kalau ada lebihan lagi, kita (Kerajaan Negeri) akan bagi lagi bantuan seperti ini,” katanya.

Kerajaan Pahang memberikan bantuan sumbangan one-off sebanyak RM300 melibatkan 3,014 penerima yang menerima bantuan am JKM di negeri ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,266 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download