Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (GPSK) dan Dapur Infaq Ummah.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM100,000 KEPADA GPSK DAN DAPUR INFAQ

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 14 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang menyumbangkan RM100,000 kepada Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (GPSK) dan Dapur Infaq Ummah sebagai satu cara menyuntik semangat dalam bidang kebajikan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada komitmen yang ditunjukkan oleh para sukarelawan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin (tengah) ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Sekalung Budi Jasamu Dikenang Tahun 2020 JKM di Hotel Grand Darul Makmur.

“Sekarang ada 12 badan-badan bukan kerajaan (NGO) di bawah GPSK yang menghulurkan bantuan terutamanya semasa penularan wabak COVID-19 ini jadi bantuan sebanyak RM50,000 kepada GPSK ini diharap menjadi satu suntikan semangat kepada badan kebajikan yang ada.

“Mereka juga sangat membantu dalam memastikan kelancaran pergerakkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, terutamanya ketika penyaluran bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP),” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

Beliau berkata demikian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Sekalung Budi Jasamu Dikenang Tahun 2020 JKM Pahang serta Pelancaran GPSK Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini.

Turut hadir oleh Pengarah JKM Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

Beliau berkata, setakat ini GPSK telah mempunyai kira-kira 600 orang ahli di seluruh negeri ini dan sedang giat untuk mencari sukarelawan tambahan bagi memastikan bantuan yang akan disalurkan lebih menyeluruh.

“Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan GPSK, mereka boleh menghubungi talian JKM daerah masing-masing atau terus kepada JKM Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 kepada seorang penerima.

“Ini kerana JKM merupakan sekretariat dan pihak JKM akan bantu mereka yang berminat ini,” katanya.

GPSK telah ditubuhkan secara rasminya pada Mac tahun ini dan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,072 total views,  4 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download