Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan mesin rumput dan rantai mesin gergaji (chainsaw) kepada Pengerusi JKKK Kampung Tanjung Medang Hilir untuk melakukan kerja pembersihan di kampung.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG EMPAT KANOPI KEPADA MASJID

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 27 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menyumbangkan empat buah kanopi kepada Masjid Taman Agropolitan Tanjung Batu Nenasi dan Masjid Kampung Padang Polo di sini untuk memberi keselesaan kepada penduduk terutamanya ketika menunaikan solat Jumaat serta melakukan aktiviti harian.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dalam satu majlis semalam.

Dalam majlis yang sama juga, beliau turut menyampaikan sumbangan mesin rumput dan rantai mesin gergaji (chainsaw) kepada Pengerusi JKKK Kampung Tanjung Medang Hilir untuk melakukan kerja pembersihan di kampung.

Menurut YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada peniaga agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan lebih sempurna sekaligus menambah pendapatan.

“Disamping itu saya juga telah menyampaikan sumbangan pelajaran kepada dua orang pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan agar mereka dapat menumpukan pelajaran sebaik mungkin demi masa hadapan,” katanya.

Katanya lagi, kesemua sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ini adalah demi meringankan beban rakyat.

“Kerajaan Pahang tidak pernah melupakan rakyatnya yang memerlukan bantuan. Semakin hari, semakin banyak bantuan yang telah disalurkan.

“Ini semua dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri berada dilandasan yang betul dalam mentadbir negeri ini dengan baik hingga berjaya meningkatkan hasil pendapatan yang kemudiannya akan disalurkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download