Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong, malam tadi.

KERAJAAN PAHANG SOKONG PROGRAM SUKARELA

Oleh : Fansurina Abdullah
 
BUKIT TINGGI, 22 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap program sukarelawan di negeri ini untuk diperluaskan perkhidmatannya melalui kerjasama pelbagai sektor dan agensi demi membantu masyarakat dalam pelbagai aspek.
 
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkhidmatan sukarelawan diberikan dalam pelbagai aspek kehidupan sosial seperti program gotong-royong, khidmat sosial, pembangunan komuniti dan keselamatan dalam komuniti yang bertujuan membantu kumpulan masyarakat yang memerlukan.
 
“Sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan  menjadi rakan strategik Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan dalam membantu menyampaikan perkhidmatan sosial, kebajikan dan pembangunan komuniti kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Program Pemantapan dan Pengiktirafan NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Negeri Pahang Darul Makmur di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.
 
Hadir sama ialah barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah JKM Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.
 
Program tersebut diadakan bertujuan menghargai dan mengiktiraf barisan hadapan yang terdiri daripada tenaga para Sukarelawan dan 24 NGO yang mengambil inisiatif bergabung di bawah Sekretariat Bencana Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menyanlurkan bantuan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, tugas sukarelawan bukan sahaja membantu masayrakat malah juga berperanan sebagai mata dan telinga Kerajaan Negeri Pahang.
 
“Para sukarelawan kini juga berperanan sebagai agen perubahan dan pembangunan masyarakat setempat di Pahang.
 
“Penglibatan masyarakat secara menyeluruh dalam kerja kebajikan amat penting dan perlu digalakkan sejajar dengan konsep Kebajikan Menjadi Tanggungjawab Bersama,” katanya.
 
Sehingga November 2020, Pahang mempunyai seramai 140 NGO kebajikan dengan 12,000 sukarelawan sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat dan komuniti  melalui medium NGO Kebajikan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 108 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: