Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN PAHANG SETUJU PELAKSANAAN PKPB

KUANTAN, 8 MEI 2020: Kerajaan Pahang mengesahkan persetujuan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), setelah mengkaji dan memperhalusi serta melakukan pengubahsuaian wajar ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, paling utama Kerajaan Pahang tekankan ialah aspek penguatkuasaan yang akan dipertingkatkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan termasuk dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula sepertimana ditetapkan di bawah PKPB,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang telah menurunkan kuasanya kepada PBT sepertimana dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada Rabu lalu.

“Perkara ini juga turut dibincang dan diperhaluskan lagi pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan, hari ini.

“Apa yang Kerajaan Pahang lakukan ini selari dengan yang telah saya nyatakan dalam kenyataan media bertarikh 3 Mei 2020, antara lain menyebut tentang sokongan tetapi meminta untuk mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Pahang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: