Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim Muda (tengah) di Sidang Media Khas Norma Baharu Kebersihan Negeri Pahang di Pejabat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, di sini, pagi tadi.

KERAJAAN PAHANG SEDIA LALUAN KHAS BAGI WARGA EMAS DI PASAR BESAR KUANTAN

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 Mei 2020: Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menyediakan laluan khas khusus bagi warga emas di pasar besar Kuantan, menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim Muda berkata, golongan tersebut tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat awam namun sekiranya tidak dapat dielakkan, pihak kerajaan bersama MPK menyediakan inisiatif bagi membantu warga emas supaya tidak perlu beratur panjang menunggu giliran.

“Pasar besar Kuantan hanya membenarkan seramai 30 pelanggan sahaja pada satu-satu masa, jadi sudah pasti orang ramai perlu beratur panjang untuk membuat pembelian terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Sidang Media Khas Norma Baharu Kebersihan Negeri Pahang di Pejabat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, di sini, pagi tadi.

“Justeru di atas rasa keprihatinan kerajaan, saya telah berbincang bersama pihak MPK agar menyediakan laluan khas kepada warga emas yang terpaksa keluar untuk membeli barangan kelengkapan perayaan yang akan tiba tidak lama lagi,” beliau berkata demikian kepada media pada Sidang Media Khas Norma Baharu Kebersihan Negeri Pahang di Pejabat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, di sini, pagi tadi.

Pada program itu, enam amalan norma baharu kebersihan diwujudkan bagi menyuntik semangat dan memperkasakan amalan kebersihan untuk menjamin kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.

En Abd Rahim menjelaskan enam norma baharu itu ialah pertama, pengamalan budaya kebersihan kendiri, kedua, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka bagi yang bergejala serta ketiga, kurangkan janaan sisa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Encik Abd Rahim Muda.

Norma keempat pula ialah elak pembaziran makanan, kelima, menggunakan bekas makanan dan beg guna semula ketika membuat pembelian dan terakhir ialah rancang pembelian dan amalkan budaya ‘Trash to Cash’.

Jelas beliau, kesemua norma kebersihan ini adalah penting bagi memperkasakan usaha dan kerjasama semua pihak dalam memutuskan rantaian Covid-19 di negeri ini.

Pada majlis sama turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada pihak media dan pasukan ‘taskforce’ kebersihan Negeri Pahang yang terdiri daripada beberapa agensi antaranya Kerajaan Negeri, MPK, SWCorp, Alam Flora, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download