Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Exco Kerajaan Pahang menunjukkan plakat Penghijauan Malaysia dan Pokok Kita Kehidupan Kita pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, Cameron Highlands.

KERAJAAN PAHANG SASAR TINGKAT KUTIPAN HASIL HUTAN RM160 JUTA

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 05 JANUARI 2021: Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil hutan di negeri ini dapat ditingkatkan kepada RM160 juta pada tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi tahun 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM137.6 juta.

“Saya difahamkan jumlah kutipan ini adalah yang tertinggi pernah dicapai dalam tempoh 20 tahun.

“Saya tidak menyangka biar pun ketika wabak pandemic COVID-19 sedang melanda kini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mampu meningkatkan kutipan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, di sini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selepas Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, Cameron Highlands.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; barisan exco Negeri Pahang; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin; Ahli Perlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Ishak Nafis.

Beliau berkata Kerajaan Pahang juga memberikan komitmen dalam memastikan sumber asli di negeri ini kekal terpelihara demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata setakat 29 Disember lepas, sebanyak 1,661 anak pokok dari jenis Melembu, Mempening, Kelat Pucuk Merah, Keladan dan Merawan Siput Jantan telah ditanam di kawasan seluas 4.03 hektar.

Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok merupakan inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang dilaksanakan selama lima tahun bermula 2021 hingga 2025. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 437 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download