Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim (kiri) dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin menunjukkan plakat Penghijauan Malaysia pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, Cameron Highlands.

KERAJAAN PAHANG SASAR 60 PERATUS KAWASAN DILITUP HUTAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 05 JANUARI 2021: Kerajaan Pahang menyasarkan 60 peratus kawasan di negeri ini ditutup oleh pokok hutan pada masa hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat ini sebanyak 57 peratus kawasan di negeri ini telah ditanam dengan pokok hutan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menanam pokok jenis Merawan Siput Jantan sambil disaksikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak (kanan) dan kenamaan lain pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, Cameron Highlands.

“Kerajaan Negeri menetapkan 50 peratus muka bumi di negeri ini dilitupi pokok dan kawasan berhutan dan bagi negeri Pahang, kawasan berhutan di Negeri Pahang kini adalah kira-kira 57 peratus.

“Kerajaan Negeri juga terus komited untuk memastikan jumlah tersebut dikekalkan malah tidak mustahil untuk ditambah dari semasa ke semasa, boleh capai angka 60 peratus di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, di sini.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; barisan exco Negeri Pahang; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin; Ahli Perlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Ishak Nafis.

Beliau berkata setakat tahun lepas, Kerajaan Pahang juga telah meluluskan tambahan kawasan hutan tadahan air di negeri ini seluas 1,760.37 hektar.

“Ini melibatkan kawasan seluas 1,087.77 hektar kawasan tadahan air di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HKS) Berkelah termasuk Lubuk Yu, Maran.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama kenamaan menunjukkan plakat Penghijauan Malaysia dan Pokok Kita Kehidupan Kita pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, Cameron Highlands.

“672.60 hektar lagi melibatkan Hutan Simpan Lentang di Bentong.

“Ini menjadikan kawasan keseluruhan hutan tadahan air Negeri Pahang seluas 384,846.33 hektar, di mana keluasan ini merangkumi kira-kira 25 peratus keluasan HKS di negeri ini atau kira-kira 11 peratus keluasan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata setakat 29 Disember lepas, sebanyak 1,661 anak pokok dari jenis Melembu, Mempening, Kelat Pucuk Merah, Keladan dan Merawan Siput Jantan telah ditanam di kawasan seluas 4.03 hektar.

Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok merupakan inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang dilaksanakan selama lima tahun bermula 2021 hingga 2025. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 453 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download