Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

KERAJAAN PAHANG SAMBUT BAIK PERUNTUKAN UNTUK SISTEM PEMBEKALAN AIR

KUANTAN, 7 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menyambut baik peruntukan RM45 juta dalam Belanjawan 2021 bagi menaiktaraf sistem sistem pembekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Semambu dan Rumah Pam Air Kobat yang turut membekalkan air terawat ke kawasan perindustrian Gebeng, di sini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, untuk itu, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dapat mengganti 11 pam sedia ada di Rumah Pam Kobat seterusnya mampu meningkatkan kapasiti LRA Semambu sebanyak 20 peratus daripada 290 juta liter sehari kepada 350 juta liter sehari.

“Peruntukan ini perlu bagi mengatasi masalah ketidakupayaan pembekalan air terawat mencukupi kepada permintaan semakin meningkat daripada para pelabur dan industri kawasan perindustrian Gebeng.

“PAIP menjangkakan tempoh 10 bulan untuk menyempurnakan kerja-kerja menaik taraf ini kelak termasuk bagi proses-proses reka bentuk dan perolehan selama empat bulan serta proses pembinaan lagi enam bulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang turut terima kasih atas peruntukan dua lagi projek melibatkan secara langsung negeri ini daripada kesemua tujuh projek seluruh negara bernilai RM3.8 billion.

Katanya, kedua-dua projek ini adalah projek Central Spine Road (CSR) melibatkan jajaran baharu dan projek jalan pintasan Cameron Highlands.

“Semoga dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini akan meningkatkan lagi aspek kemudahsampaian serta memendekkan tempoh perjalanan antara destinasi-destinasi berkenaan, selain dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan terbabit, insya-Allah,” katanya. PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: