Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Pelancaran Tourism-Virtual Advisory Clinic (T-VAC) yang dilakukan secara panggilan video di Majlis Perbandaran Bentong.

KERAJAAN PAHANG SAMBUT BAIK PENUBUHAN T-VAC

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

BENTONG, 10 JUN 2020: Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik penubuhan Tourism-Virtual Advisory Clinic (T-VAC) oleh Majlis Produktiviti Malaysia (MPC).

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, T-VAC yang bertujuan menguatkan keupayaan perniagaan termasuklah sektor pelancongan dengan memberi nasihat tentang perkara-perkara yang boleh dilaksanakan bagi menangani dan mengatasi masalah yang dihadapi terutamanya dalam tempoh penularan wabak pandemik COVID-19.

“Saya difahamkan juga, terdapat tiga matlamat utama pengenalan T-VAC ini iaitu; untuk menyediakan kefahaman mendalam kepada syarikat-syarikat terpilih, tentang segala aspek berkaitan struktur industri, operasi perniagaan dan pengurusan kewangan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Ia juga untuk menyediakan cadangan bagi merungkai masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain industri terpilih dalam menguruskan cabaran dan halangan ke arah membangun dan mengembangkan perniagaan.

“Ketiga, untuk menyokong keupayaan dan kemampuan industri pelancongan ke arah membangunkan semula perniagaan mereka setelah terkesan teruk dengan penularan wabak pandemik COVID-19 serta Perintah-perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan untuk membendungnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Tourism-Virtual Advisory Clinic (T-VAC) yang dilakukan secara panggilan video di Majlis Perbandaran Bentong hari ini.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, dan barisan exco.

Beliau berkata klinik T-VAC ini dijalankan bagi memenuhi matlamat dengan fokus terhadap konsep 5R.

“Konsep 5R tersebut adalah reinvent product (mencipta semula produk); research rarget market (menyelidik semua pasaran yang menjadi sasaran); remodel marketing and promotion (mereka semua kaedah pemasaran dan promosi); ride on technology (mengguna pakai sepenuhnya teknologi); dan recalibrate the industry (menilai semula industri),” katanya.

Beliau berkata nasihat yang diberikan menerusi program T-VAC ini kepada para pemain indus merangkumi tiga aspek.

“Pertama, perundingan kewangan, iaitu nasihat tentang cabaran dan isu dihadapi oleh pemain-pemain industri pelancongan termasuklah berkaitan rekod kewangan mereka demi membangunkan semula perniagaan.

“Kedua, operasi perniagaan, iaitu nasihat mengenai perkara-perkara utama berkaitan operasi perniagaan serta mereka semula model perniagaan supaya bersesuaian dengan keadaan semasa .

“Dan ketiga, struktur industri, iaitu nasihat mengenai aspek-aspek utama tentang struktur industri pelancongan,” katanya.

Beliau turut berharap para pemain industri yang terlibat dengan T-VAC ini dapat memanfaatkan sepenuhnya penglibatan mereka ini dan sektor pelancongan Pahang keseluruhannya dapat menerajui kebangkitan semula sektor pelancongan di negara ini.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download