Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak dan Pengarah Hutan Pahang, Dato Dr. Dato' Hizamri hadir ke program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Lembah Bertam di sini, hari ini.

KERAJAAN PAHANG PEROLEH LEBIHAN HASIL RM106 JUTA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

CAMERON HIGHLANDS, 31 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang berjaya memperoleh lebihan hasil sebanyak RM106 juta berbanding sasaran kutipan sebanyak RM744 juta bagi tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kutipan hasil ini merupakan kutipan paling tinggi dalam sejarah negeri ini setakat ini iaitu sebanyak RM850 juta.

“Ini adalah pencapaian yang membanggakan dan merupakan hasil usaha semua pihak,” katanya ketika ditemui selepas melakukan program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut hadir, Ahli Parlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim dan barisan EXCO Kerajaan Pahang.

Menurut beliau lagi, pelaburan deposit di negeri ini juga berjumlah RM250 juta dan mampu untuk membayar penjawat awam selama lima bulan sekiranya berlaku masalah di negeri ini.

“Pahang ada pelaburan deposit RM250 juta dan kalau negeri ini ada masalah, tak ada hasil, kita (Kerajaan Negeri) masih mampu bayar penjawat awam di negeri ini selama lima bulan.

“Dan kita juga akan minta untuk tingkatkan jumlah ini kepada RM300 juta pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, jumlah hutang Kerajaan Pahang juga berbaki sebanyak RM931 juta setakat ini berbanding RM3 bilion sebelum ini.

“Kita (Kerajaan Pahang) akan kurangkan lagi jumlah hutang yang ada sebab bersabit
perumahan awam. Kalau tak ada hutang ini, kita boleh buat banyak benda lagi untuk pembangunan negeri kita,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,133 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download