YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam hari ini

KERAJAAN PAHANG PERKASA PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

Oleh: Shahrinnahar Latib
Foto: Mahathir Ali

ROMPIN, 17 FEBRUARI 2020: Kerajaan Pahang melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sedang mencari satu mekanisme yang lebih agresif bagi memperkasakan lagi keupayaan Penggerak Masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pihaknya sudah meminta JAIP untuk mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk tujuan berkenaan.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad bergambar beramai-ramai selepas mengadakan lawatan kerja Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah hari ini

“Mungkin kita boleh fikirkan untuk wujudkan satu unit khas yang boleh memperkasakan Penggerak Masyarakat Orang Asli di negeri ini. Kita mahu lebih komitmen dan autoriti di bawah JAIP.

“Selama ini mereka lebih berautoriti dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun kita perlu lihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad, ADUN Muadzam Shah, YB.Encik Ir. Razali  Kassim dan Pengarah JAIP, YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

Sementara itu, beliau berkata, setakat ini di Pahang terdapat 18 buah SMA yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya harapkan SMA di Pahang dapat memacu pendidikan agama di Pahang supaya terus cemerlang selain dapat mendidik anak-anak pelajar supaya lebih berdikari,” katanya – PAHANGMEDIA

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error