Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan anugerah tokoh guru lelaki kepada Ustaz Yusof Sulaiman pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-19 Tahun 2020 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang di Gambang Resort, di sini, hari ini.

KERAJAAN PAHANG PERKASA PENDIDIKAN AGAMA

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 25 September 2020 : Kerajaan Negeri Pahang memperkasakan pendidikan Islam di negeri ini bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang di dalam akademik dan pendidikan agama dapat dilahirkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan sentiasa komited terhadap usaha pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri Pahang.

Katanya, kerajaan telah meluluskan pelbagai bentuk bantuan kepada semua sekolah agama di negeri ini bagi memastikan keperluan pendidikan tidak diabaikan.

Induk Nurhanisah Binti Md Hanapiah, pelajar pertama yang menerima anugerah pelajar cemerlang 2019 dengan memperolehi 10 mumtaz pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-19 Tahun 2020 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang di Gambang Resort, di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kebajikan pendidikan khususnya pendidikan agama terjaga dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam di negeri ini.

“Malah, kerajaan turut membantu sekolah tahfiz dan pondok di negeri ini namun pihak kerajaan memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua pihak sekolah tahfiz dan pondok supaya pembangunan dapat diperkasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-19 Tahun 2020 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang di Gambang Resort, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan anugerah tokoh guru perempuan kepada Ustazah Siti Hasenah Mohd Yusoff.

Hadir sama ialah Mufti Pahang, Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman; Ahli Dewan Negeri (ADN) Lepar, YB. Dato’ Rahim Muda, ADN Sungai Lembing, YB. Dato’ Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Haji Zakaria Mohamad.

Pada majlis itu seramai 399 pelajar dan 95 guru daripada 18 sekolah menengah agama kerajaan Pahang telah menerima pelbagai anugerah di dalam berbagai kategori.

Dua guru cemerlang turut menerima Anugerah Tokoh Guru iaitu Ustaz Yusof Sulaiman dan Ustazah Siti Hasenah Mohd Yusof.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad bersama Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Osman, ADN Lepar YB. Dato’ Rahim Muda, ADN Sungai Lembing, YB Dato’ Md. Sohaimi Hj. Mohamed Shah dan Timbalan Pengarah JAIP, Haji Zakaria Mohamad padapada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kali Ke-19 Tahun 2020 Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang di Gambang Resort, di sini, hari ini.

Majlis anugerah kecemerlangan itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap warga pelajar dan pendidik yang berusaha melahirkan pelajar terbaik khususnya dalam bidang agama Islam di negeri ini.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim turut menasihati ibu bapa agar terus komited dalam memastikan pendidikan anak-anak terjaga kerana golongan pelajar ini merupakan perintis kepada masa hadapan negara. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error