KERAJAAN PAHANG PERHALUSI PELAKSANAAN PKPB

KUANTAN, 3 MEI 2020: Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar ia sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Pahang menyokong pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai PKPB yang bermula 4 Mei 2020.

Beliau berkata, bagaimanapun ia akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei 2020.

Menurutnya, sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal.

“Sepertimana semua maklum, negeri Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu. Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

“Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: