KERAJAAN PAHANG NAFI PELAKSANAAN TEMCO DI DAERAH KUANTAN, PEKAN DAN BENTONG

KUANTAN, 2 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang menafikan berita tular berkenaan pelaksanaan Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) di Daerah Kuantan, Pekan dan Bentong berikutan satu kes positif di daerah Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan media hari ini berkata, Jawatankuasa Task Force COVID-19 Negeri Pahang sedang giat melaksanakan proses pengesanan kontak rapat dan sedang membuat penilaian risiko terhadap kes ini.

Beliau yang juga YB Setiausaha Kerajaan Pahang mengharapkan orang ramai tidak menyebarkan berita palsu dan merujuk kepada saluran rasmi untuk maklumat yang tepat.

Sementara itu beliau meminta orang ramai sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, memakai pelitup muka terutama semasa berada di tempat awam, elakkan kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak yang dekat.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 6,636 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download