Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

KERAJAAN PAHANG MINTA JAIP LAKSANA PENUTUPAN SEKOLAH AGAMA SELURUH PAHANG

KUANTAN, 8 NOVEMBER 2020: Merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah ditutup bermula 9 November hingga 17 Disember ini, Kerajaan Pahang dengan persetujuan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Bahagian Pendidikan meneliti dan mempertimbangkan untuk melaksanakan arahan yang sama di sekolah-sekolah agama Kerajaan Pahang dan sekolah-sekolah agama rakyat serta swasta.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ia juga bermatlamat seiring dengan ketetapan Kerajaan Persekutuan dalam menangani penularan COVID-19.

Bagaimanapun menurutnya, arahan selanjutnya akan diteliti dari semasa ke semasa melalui Jabatan Agama Islam Pahang.

“YAB Menteri Besar Pahang juga meminta JAIP serta ibu bapa dapat mengambil anak-anak mereka bermula esok (9 November 2020) dan diharapkan ia dapat dilaksana dengan cara teratur tanpa berlaku kesesakkan.

“Kemungkinan elok diaturkan jadual bergilir bermula tingkatan 1 dan 2 dari jam 9 ke 10 pagi, tingkatan 3 dan 4 dari jam 10.30 pagi ke 11.30 pagi serta tingkatan 5 dan 6 dari jam 12 tengah hari hingga petang.

“Walaupun demikian ia tertaluk kepada budi bicara Pengetua. Namun SOP serta keselamatan pelajar dan warga didik mestilah diutamakan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

YB Dato’ Sri Syed Ibrahim berkata, merujuk kepada peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA,) pihak JAIP diminta meneliti sesuai dengan arahan Kementerian untuk dilaksanakan.

Menurutnya, pembelajaran secara online di antara guru wajar dilaksanakan dan mestilah mendapat pemantauan oleh JAIP dan sekolah agar pelajar tidak ketinggalan dan mampu menguasai pembelajaran ketika dilaksanakan peperiksaan.

“Ibu bapa dan penjaga disarankan menghubungi pihak sekolah bagi memastikan waktu serta masa yang sesuai untuk hadir mengambil anak masing-masing bagi mengelakkan kesesakan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download