Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika meninjau jalan yang rosak antara antara Kampung Pagi ke Kampung Bantal di Jerantut hari ini.

KERAJAAN PAHANG LULUS RM88,000 BAIKI JALAN KAMPUNG PAGI KE KAMPUNG BANTAL

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

JERANTUT, 10 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM88,000 bagi melakukan kerja-kerja baik pulih segera jalan raya antara Kampung Pagi ke Kampung Bantal yang rosak teruk akibat hujan lebat baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah berkata, kelulusan peruntukan berkenaan dibuat semasa Mesyuarat EXCO Kerajaan Pahang, semalam bagi memberikan keselesaan kepada penduduk kampung yang menggunakan jalan berkenaan.

“Kerosakan ini dipercayai berlaku ekoran hujan lebat yang melanda kawasan tersebut bermula pada 24 November hingga 27 November lalu.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut telah mengenal pasti beberapa kawasan yang boleh dilakukan penyelenggaraan segera membabitkan kos RM88,000 itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram ketika meninjau jalan yang rosak antara antara Kampung Pagi ke Kampung Bantal di Jerantut hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram dan wakil JKR Jerantut ke lokasi jalan yang rosak tersebut untuk membuat pemantauan.

YB. Dato’ Haji Nazri berkata, Kerajaan Negeri berharap kos penyelengaraan tersebut akan dapat dimanfaatkan oleh JKR Jerantut untuk memastikan jalan tersebut dapat digunakan dengan selamat, sementara untuk mendapatkan bantuan kos penyelengaraan daripada Kerajaan Pusat berjumlah RM36.8 juta.

Sementara itu, YB. Dato’ Abd Aziz berkata, projek sementara ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh seminggu dua lagi dan diharap sedikit sebanyak dapat memudahkan penduduk kampung.

“Ini untuk sementara, mungkin awal tahun depan akan disambung dengan pembaikan yang lebih kemas dan sebagainya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 820 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download