Kempen #JihadMediaSosial yang dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN PAHANG LANCAR #JIHADMEDIASOSIAL

BENTONG, 10 JUN 2020: Kerajaan Negeri Pahang hari ini melancarkan kempen #JihadMediaSosial bertujuan untuk menangkis fitnah dan berita tidak benar yang disebarkan melalui media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tujuan utama kempen ini adalah untuk mendidik masyarakat supaya berhemah ketika berinterasi melalui media sosial.

Beliau berkata, setiap individu perlu memanfaatkan kemudahan teknologi seperti telefon pintar supaya setiap tulisan di dalam media sosial tidak mendatangkan kemudaratan terhadap diri sendiri dan masyarakat.

“#JihadMediaSosial ini bukannya kita berjihad di medan perang tetapi lebih kepada melawan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah, mengangkis segala perkara yang tak betul dalam media sosial hari ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, kempen #JihadMediaSosial dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin juga berkata, usaha kempen ini akan dilakukan secara berterusan selain tindakan penguatkuasaan perlu diambil dan dilaksanakan agar fitnah di media sosial dapat diatasi.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan turut bekerjasama dengan semua pihak terutama badan-badan yang menyelia, mengawal dan membuat penguatkuasaan media sosial seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis.

Menurutnya, tindakan individu yang menghebahkan isu-isu sensitif terutamanya berkaitan Institusi Diraja, bangsa dan agama boleh mencetuskan ketegangan dan ia perlu ditangani dengan tindakan sewajarnya.

“Kita sarankan mereka yang menerima atau tidak berpuas hati perkara-perkara yang boleh timbulkan kebencian perlu membuat aduan terus kepada SKMM dan pihak polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: