YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang meninjau PPS di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah yang menempatkan 459 orang mangsa banjir dari Taman Pelangkah di Pekan.

KERAJAAN PAHANG LAKUKAN YANG TERBAIK BANTU MANGSA BANJIR

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 08 JANUARI 2021: Kerajaan Pahang bersama semua agensi terlibat melakukan yang terbaik dalam membantu semua mangsa banjir di seluruh Parlimen Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Abd. Razak juga sentiasa mengambil maklum keadaan semasa situasi banjir di Pekan.

“Mereka telah mengarahkan pelbagai tindakan dilakukan demi menyelamat dan membantu mangsa banjir Pekan,” katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Merchong Jaya dan PPS SK Nenasi di sini, semalam.

Sebahagian daripada 268 orang mangsa banjir di Merchong tiba ke PPS SK Mechong Jaya yang baharu dibuka petang semalam.

Kedua-dua berkenaan yang baharu dibuka semalam melibatkan seramai 268 orang mangsa banjir daripada 15 buah kampung.

Beliau berkata, segala persiapan berjalan lancar dan semua mangsa banjir berada dalam keadaan yang sihat serta makanan yang diagihkan juga bersih dan baru dimasak.

“Dalam lawatan ini saya telah mengadakan perbincangan dengan semua jentera banjir termasuk wakil dari Bomba, Balai Polis Nenasi, KKM, Penghulu, Ketua Kampung, wakil JKM dan wakil pejabat daerah Pekan bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.

“Malah mangsa banjir juga mendapat keselesaan dan perhatian sewajarnya termasuk mendapat bekalan air bersih dari tangki yang disediakan pihak PAIP Pekan.

“Saya berharap semua mangsa banjir serius mematuhi segala arahan SOP di PPS, mengamalkan norma baharu, menjaga kebersihan tempat tidur, kebersihan makanan dan menjaga kesihatan diri serta keluarga sebaik mungkin,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download