Ketua Operasi Penguatkuasaan, En.Shahrul Azlan Abdul Rahim ditemuramah media selepas Operasi Kacauganggu Bagi Penularan Wabak Denggi di Daerah Kuantan, di sini, hari ini.

KERAJAAN PAHANG KOMITED TANGANI WABAK DENGGI

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 14 Julai 2020 – Kerajaan Negeri Pahang komited menangani penularan wabak denggi yang semakin serius di negeri itu.

Menerusi beberapa agensinya, kerajaan negeri telah mengadakan Operasi Kacauganggu bagi mengekang penularan wabak denggi di daerah Kuantan.

Ketua Operasi Penguatkuasaan, En.Shahrul Azlan Abdul Rahim berkata, seramai 60 pegawai dan anggota daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) terlibat dalam operasi terbabit.

Menurutnya, operasi pada kali ini diadakan serentak di tiga lokasi iaitu di Balok Makmur, Seri Setali Jaya dan Taman Berjaya Permai.

“Operasi pada hari ini dilaksana berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak kesihatan daerah dan kawasan liputan operasi akan dikembangkan ke kawasan lain secara berperingkat,” katanya.

Operasi Kacauganggu Bagi Penularan Wabak Denggi di Daerah Kuantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Operasi Kacauganggu Bagi Penularan Wabak Denggi di Daerah Kuantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada operasi kali ini, sebanyak 10 notis dikeluarkan kepada penduduk di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan.

“Kita berharap menerusi perlaksanaan operasi penguatkuasaan seumpama ini dapat mengubah mentaliti dan sikap penduduk supaya sedar untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab mengekang penularan wabak denggi di kawasan kediaman masing-masing,” katanya.

Sejak Mei 2020, pihaknya telah membuat enam kes pendakwaan di mahkamah berhubung penularan wabak denggi.
Selain itu, beliau berkata,  sebanyak 82 perarus penduduk didapati mematuhi notis kacauganggu yang dikeluarkan pada beberapa siri operasi yang telah diadakan sejak Mei 2020.

Dalam tempoh itu juga sebanyak 120 notis dikeluarkan daripada 1,200 rumah yang telah diperiksa.

Manakala sebanyak 4 kes kematian akibat denggi telah dicatatkan sejak Januari 2020. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download