Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

KERAJAAN PAHANG CAKNA ISU KEGANASAN TERHADAP WANITA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 25 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sangat memberi perhatian dan cakna kepada isu keganasan terhadap wanita malah telah menghadiahkan sebuah villa kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang untuk dijadikan ‘Crisis Center’.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, villa berkenaan yang bernilai RM1.2 juta ini juga akan memberi perlindungan sementara kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul berkata, villa tersebut kini dalam proses pengubahsuaian dan dijangka akan mula beroperasi tahun depan.

“25 November telah diiktiraf sebagai Hari Hentikan KeganasanTerhadap Wanita Peringkat Antarabangsa. Di Malaysia, sejak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu lagi kita telah mempergiatkan kempen ini.

“Kerajaan Pahang juga sangat memberi perhatian dan cakna dengan isu ini. Baru-baru ini Kerajaan Negeri melalui YAB Menteri Besar telah menghadiahkan sebuah villa bernilai RM1.2 juta di Kuantan kepada Majlis Pembangunan Wanita Pahang,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebooknya hari ini.

Katanya lagi, menyedari wanita sering menjadi mangsa keganasan, adalah wajar lebih banyak pihak terutama NGO wanita menggiatkan kempen menangani keganasan ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 946 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download