Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin pada merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang Tahun 2020 yang bertemakan Bumi Lestari: Kanak-kanak Dilindungi di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom di Kuantan hari ini.

KERAJAAN PAHANG CADANG BINA PUSAT GELANDANGAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 17 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang bercadang untuk membina sebuah pusat gelandangan di negeri ini bagi memastikan nasib golongan itu terus terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, idea ini tercetus selepas Kerajaan Pahang membantu golongan ini ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin

Beliau berkata, pusat ini dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan jika tidak mempunyai sebarang masalah.

“InsyaAllah dalam pertengahan tahun hadapan sudah boleh dimulakan. Jadi kita sedang dalam kajian yang terperinci berkenaan dengan tapak, bajet dan sebagainya.

“Kita tengok kalau tempat tu, tapak dah sedia ada dan ada cadangan juga daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), satu kawasan di Sungai Soi tetapi kita sedang menunggu keputusan daripada Kerajaan Negeri, lepas tu boleh teruskan… Kalau sebolehnya secepat mungkin, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang Tahun 2020 yang bertemakan Bumi Lestari: Kanak-kanak Dilindungi di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Negeri Pahang, YH. Datin Sri Kamariah Mohamad; dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin pada merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Negeri Pahang Tahun 2020 yang bertemakan Bumi Lestari: Kanak-kanak Dilindungi di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom di Kuantan hari ini.

Beliau berkata, pembinaan pusat ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Pahang dalam membantu golongan gelandangan ini.

“Memang semua gelandangan ini memerlukan perlindungan tapi ada sesetengah dari mereka yang ada keluarga, cuma dia suka merayau. Jadi yang tak ada keluarga, yang tak ada rumah ini kita cuba untuk bantu mereka,” katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Pahang juga telah memberikan bantuan pekerjaan kepada tujuh orang gelandangan sejak PKP lepas di mana kesemua mereka bekerja sebagai pekerja landskap di MPK.

Mengulas mengenai Sambutan Hari Kanak-kanak di Negeri Pahang, beliau berkata sambutan pada tahun ini lebih bermakna apabila pemenang pingat Hang Tuah bagi tahun ini dianugerahkan kepada anak Pahang.

“Pemenang pingat Hang Tuah iaitu adik Nuraina Erieka Abdullah, 13, dinobatkan sebagai pemenang tokoh kanak-kanak peringkat Kebangsaan adalah dari Pahang yang mana ia juga mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya kanak-kanak perempuan dipilih sebagai penerima pingat Hang Tuah sejak 1959. Ini pertama kali dalam sejarah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 41 total views

Please follow and like us:
error
error: