Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada petugas di SJR di Pekan.

KERAJAAN PAHANG BERI SUMBANGAN KEPADA PETUGAS SEKATAN JALAN RAYA PEKAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 07 FEBRUARI 2021 : Kerajaan Pahang memberikan sumbangan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pemberian ini merupakan sumbangan kecil daripada Kerajaan Pahang kepada para petugas.

“Hari ni kita melawat sekatan jalan raya di Kampung Serandu dan untuk melihat operasi yang dijalankan, bagi memastikan kita dapat mengawal penularan COVID-19 dan turut menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri.

“Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Pekan juga menyampaikan sumbangan berupa barang-barang makanan bagi membantu meringankan lagi beban tugas kawalan keselamatan di SJR ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di SJR Kampung Serandu, di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Pekan, YH. Dato’ Zaliza Zulkipli dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Nor Azita Abdul Rahman.

Beliau turut berharap semua pihak dapat menjalankan tugas dengan baik dan mengikuti amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Jadi saya harap, kita semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan memastikan kita mengikuti amalan-amalan atau SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang bagi memastikan wabak ini dapat dikekang penularannya,” katanya.

Seramai 15 petugas sekatan jalan raya di dua lokasi iaitu di Kampung Serandu dan Kampung Taman Pelangkah menerima bantuan berupa barang keperluan makanan dan wang tunai. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download