Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda memeriksa keadaan rumah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan yang merupakan baki terakhir rumah berkenaan telah serahkan kepada penerima untuk diduduki oleh Kerajaan Pahang.

KERAJAAN PAHANG BATAL SEWAAN RUMAH MURAH SEWA KEPADA ORANG LAIN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 22 DISEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan membatalkan sewaan kepada pemilik rumah murah di negeri ini yang melanggar syarat perjanjian kerana menyewakan rumah tersebut kepada pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, ada pemilik telah memiliki rumah sendiri tetapi menyewakan rumah murah itu kepada pihak lain dengan mengenakan bayaran yang lebih mahal.

“Justeru, Bahagian Perumahan SUK Pahang akan menyemak melalui sistem daftar perumahan untuk memastikan tiada penyewa yang sudah memiliki rumah lain tetapi menyewakan kepada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah PAKR Sungai Pandan, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching, YB. Encik Mohd Tarmizi Yahaya; dan Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan), YH. Dato’ Azlan Mohd Yaman.

Dalam pada itu, Kerajaan Pahang akan memastikan tunggakan bayaran perumahan di negeri ini dapat dikurangkan kepada RM7 juta pada tahun hadapan.

“Kerajaan Pahang kini menanggung tunggakan tidak berbayar sebanyak RM9 juta. Ini satu cabaran bagi saya dan juga Bahagian Perumahan Negeri Pahang untuk memastikan tahun hadapan kita nak mengurangkan kepada RM7 juta.

“Sudah ada beberapa perkara yang diatur Bahagian Perumahan, yang pertama kita akan bagi notis (tunggakan) termasuk juga notis mahkamah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download