Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Encik Abd Rahim Muda.

KERAJAAN PAHANG BANTU MANGSA RIBUT

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 31 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang akan memberikan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat di dalam kejadian ribut di Indera Mahkota di sini, pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda berkata, bantuan itu membabitkan kesemua 101 rumah yang dilaporkan terjejas dan mengalami kerosakan ekoran kejadian ribut di kawasan terbabit.

“Kerajaan Pahang akan membantu sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bahawa anggota tentera juga akan turut sama membantu.

“Bagaimanapun, saya difahamkan untuk menyediakan peralatan bagi membaiki kesemua rumah akan mengambil sedikit masa dan kebanyakan mangsa juga telah mula membaiki rumah mereka sendiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail juga  telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan kepada semua 101 rumah bagi meringankan bebanan kesemua mangsa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan di atas kesudian Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang bercemar duli menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut sehari selepas kejadian ribut itu.

Beliau menyifatkan baginda sebagai seorang raja yang sangat prihatin di atas kesusahan rakyat terutama apabila berlaku kejadian bencana. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: