Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif bersama penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Pauh di Pekan hari ini.

KERAJAAN NEGERI TERUS SEDIA PERUNTUKAN BANTU RAKYAT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 9 JULAI 2020: Bantuan berterusan yang diberikan secara berperingkat nyata dapat membantu rakyat yang berada dalam kesusahan meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peruntukan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri merupakan satu inisiatif untuk membantu masyarakat secara amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif.

“Hari ini sahaja (peruntukan) sebanyak RM30,000 yang telah dimohon sejak dulu dapat disampaikan dalam bentuk sumbangan kepada pesakit-pesakit kronik di bawah kawasan Dewan Negeri jagaan saya (Bebar) seperti di kawasan Merchong, Serun, Tanjung Medang, Serambi dan keseluruhan.

“Pemberian dilakukan secara berperingkat dan kita dapati bahawa pemberian ini telah memberi satu kelegaan kepada penerima dan saya amat berterima kasih terutamanya kepada Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar di atas inisiatif yang amat baik ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan penduduk dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada 20 orang penerima sumbangan di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar.

Antara penerimanya ialah pesakit-pesakit kronik, penduduk ditimpa musibah (ribut) serta kemasukan pelajar-pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampung Permatang Pauh.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang di bawah Dewan Negeri (DN) Bebar kepada seorang penerima di Kampung Permatang Pauh di Pekan hari ini.

Dalam pada itu, YB Dato’ Fakhruddin mengakui dapat melihat sendiri penghargaan daripada rakyat terhadap semua bantuan-bantuan yang telah disampaikan oleh pihak kerajaan.

“Ini termasuk usaha kerajaan menyediakan rumah yang diberi nama Rumah Rakyat Pahang kepada mereka yang memerlukan.

“Sebanyak dua buah rumah telah disediakan dan di kawasan sama juga kita telah menempatkan keluarga yang menerima rumah tersebut,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri telah dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan menunjukkan kepimpinan yang ada hari ini telah berada di jalan yang betul dan dapat memastikan bahawa hasil daripada kerajaan negeri dapat disampaikan kepada rakyat. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download