Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah sambil diiringi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK 500 LOT TANAH KEPADA PENJAWAT AWAM PAHANG

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 01 SEPT 2020 : Kerajaan Negeri memperuntukkan 500 lot tanah pada peringkat awal kepada penjawat awam meliputi kumpulan sokongan dan profesional di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan sebanyak 500 lot tanah ini adalah sebagai permulaan sebelum diteruskan lagi secara berperingkat.

“Kita (Kerajaan Negeri) sudah mengenalpasti tapak (lot tanah) dan sedang mengkaji tapi sekarang ni kita nak bagi pada kumpulan sokongan dulu dan sekiranya semua berjalan lancar, kita akan bawa kepada exco untuk diputuskan.

“Hampir 70 peratus (kajian) dah selesai dan akan dibawa kepada exco bila-bila masa tahun ini,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama tetamu kehormat pada Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; serta barisan exco kerajaan negeri.

Beliau berkata daerah Kuantan telah dikenalpasti sebagai lokasi pertama pemberian lot tanah pada peringkat awal ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2020 Masihi / 1442 Hijrah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

Beliau berkata walau bagaimana pun, pemberian lot tanah ini akan ditarik balik oleh Kerajaan Negeri sekiranya tidak dibangunkan oleh penerima dalam tempoh tiga tahun.

“Tapi dengan syarat dia (penerima) tak macam dulu dah, (penerima) tak buat rumah dalam masa tiga tahun, kita tarik balik.

“Kita tak nak kita bagi satu lot tanah, tapi sampai sekarang sebiji rumah pun tak ada dinaikkan, dengan semak lalang dan sebagainya. Jadi buatlah rumah, buat pondok sikit pun jadilah, jangan tak ada langsung,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Phdhscbsajb

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK 500 LOT TANAH KEPADA PENJAWAT AWAM PAHANG

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 29 Mac 2020 – Pasukan Polis Kontinjen Pahang telah menangkap seramai 86 orang sepanjang 10 hari dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 28 Mac lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Dato’ Othman Nanyan berkata, kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah Peraturan 7 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 342).

“Keduanya atas kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan penyakit berbahaya kepada nyawa orang lain dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di Kuantan, hari ini.

Sepanjang tempoh tersebut, pihak polis juga telah membuka 43 kertas siasatan di mana sebanyak enam kes akan dituduh di mahkamah pada 30 dan 31 Mac depan di beberapa daerah.

Pada hari esok, seramai enam orang kena tuduh (OKT) akan didakwa di mahkamah dengan Lipis dan Pekan masing-masing dengan dua kes dan Raub dengan satu kes.

Manakala pada 31 Mac pula, seramai dua OKT akan dituduh di mahkamah daerah Temerloh dengan satu kes.

“Sehubungan itu pihak polis menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan susulan perlaksanaan PKP bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau juga mengingatkan, pihak polis boleh mengambil tindakan bagi sebarang pelanggaran arahan di bawah PKP dan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang ramai. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: