Kerajaan Negeri Pertimbang Bangun Industri Buluh

Oleh Ain Nadhirah Basha

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbangkan untuk membangunkan industri berasaskan buluh di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan kawasan seluas 200 hingga 300 hektar bagi penanaman tanaman berkenaan.

“Kita kira (persetujuan) ini sebagai projek kajian awal dan akan mencadangkan penglibatan masyarakat Orang Asli untuk menguruskan tanaman ini.

“Kita boleh hasilkan palet dan juga arang sebagai bahan bakar berasaskan buluh yang ditanam bagi memenuhi permintaan negara seperti Jepun,” katanya semasa Mesyuarat bersama YB Menteri Industri Utama Puan Teresa Kok di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau turut berminat untuk menyertai Majlis Sambutan Hari Buluh Sedunia pada tahun hadapan bagi mempromosikan tanaman buluh kepada jabatan yang terlibat.

Selain itu, dalam mesyuarat yang sama, beliau mendapat penerangan mengenai potensi dan pasaran buluh di negara ini daripada deligasi Kementerian Industri Utama yang hadir.

Tanaman buluh merupakan tanaman yang mudah hidup dan memerlukan tempoh tiga tahun untuk dituai sebagai bahan mentah dan komersial.

Selain itu, buluh juga dapat ditanam sekali sahaja dan mampu menghasilkan 30 hingga 40 batang buluh dalam satu rumpun dengan nilai pendapatan adalah sebanyak RM3,500 bagi satu hektar atau RM8 hingga RM10 sebatang.

 42 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: