Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak (tengah) pada Program Moh Mengemping dan Berkubang 2019 di Padang Awam Kampung Padang Tua di sini.
Oleh Ain Nadhirah Basha
PEKAN: Kerajaan negeri komited untuk menjadikan kawasan Pahang Tua sebagai kawasan pelancongan berasaskan warisan dan tidak tertumpu sebagai kawasan penanaman padi semata-mata.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, pihak Kerajaan Negeri akan membantu mempromosikan kawasan ini sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun hadapan.
“Sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan, kita memerlukan produk yang dapat dipromosikan dan program hari ini dilihat sesuai untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara melawat negeri kita.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak (tengah) bersama pemenang cabutan bertuah pada Program Moh Mengemping dan Berkubang 2019 di Padang Awam Kampung Padang Tua di sini.
“Acara tradisi seperti mengemping padi ini merupakan satu seni warisan yang perlu kita pertahankan dan ia dijangka dapat menarik perhatian pelancong luar,” katanya ketika berucap selepas merasmikan program ini di Padang Awam Kampung Pahang Tua di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.
Beliau berkata, program yang memasuki tahun keempat ini bukan sahaja mempromosikan budaya warisan malah memberi manfaat kepada pelancongan desa di kawasan sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak
“Saya difahamkan program hari ini berjaya menarik 5,000 pengunjung dan 200 lebih penyertaan selain ada 15 pelancong luar negara daripada Australia, Jerman dan Perancis turut menyertai program hari ini.
“Ada juga penyertaan daripada Melaka, Selangor, Perak serta institusi pendidikan tinggi yang mana ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan penduduk kampung,” katanya.
112 total views, 2 views today