Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyerahkan Jalur Gemilang kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JKNP) Bahagian Pembangunan Murid, Encik Mohammad Rosli Abdul Rahman sambil disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

KERAJAAN NEGERI AGIH 28,000 JALUR GEMILANG KE SEKOLAH SELURUH PAHANG

Oleh: Ain Nadhirah Basha

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 03 SEPTEMBER 2020 : Kerajaan Negeri akan mengagihkan 28,000 bendera Jalur Gemilang ke sekolah-sekolah di seluruh negeri Pahang bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengedaran bendera ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberi teladan kepada premis yang ada di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada pihak SK Teruntum.

“Pengedaran bendera-bendera ini untuk tambahkan lagi semarak Hari Kebangsaan selepas inisiatif yang kita jalankan bagi menyambut Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

“Ia juga secara tidak langsung untuk memberi teladan kepada pihak swasta dan premis yang masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang di negeri ini supaya memasang bendera di presmis mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JKNP) Bahagian Pembangunan Murid, Encik Mohammad Rosli Abdul Rahman di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada pihak SMK Perempuan Methodist.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim.

Beliau berkata pengagihan ini dilaksanakan mengikut apa yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Ini (pengagihan dan pemasangan Jalur Gemilang) tidak terlewat tapi untuk teruskan lagi semangat mengibarkan Jalur Gemilang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada pihak SK Permatang Badak.

“Dan kita laksanakan apa yang kita sama-sama persetujui untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kita,” katanya.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM15,000 kepada tiga buah sekolah.

Beliau berkata sumbangan ini adalah untuk pembangunan sekolah terlibat iaitu SMK Perempuan Methodist, SK Teruntum, dan SK Permatang Badak. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: