Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Fadillah Yusof melepaskan kenderaan yang melalui laluan Mentara ke Merapoh pada Majlis Pembukaan Laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis Seksyen 3E1 dari Mentara Ke Merapoh, Lipis, hari ini.

KERAJAAN KOMITED MAHU PASTIKAN PROJEK CSR DISIAPKAN SEPENUHNYA

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 26 JULAI 2020: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pahang komited mahu memastikan pembinaan Laluan Central Spine Road (CSR) dapat disiapkan sepenuhnya pada 2023.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan tersebut melibatkan enam pakej serta 30 subpakej sepanjang 346.6 kilometer dari Kuala Krai, Kelantan hingga ke Simpang Pelangai, Bentong bernilai RM8.7 bilion.

Beliau berkata, apabila laluan itu siap sepenuhnya ia akan memberikan kesan positif iaitu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan luar bandar.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof melepaskan kenderaan yang melalui laluan Mentara ke Merapoh pada Majlis Pembukaan Laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis Seksyen 3E1 dari Mentara Ke Merapoh, Lipis, hari ini.

“Selain itu ia dapat meningkatkan keboleh-sampaian dan pergerakan laluan ke pantai timur, mengurangkan risiko kemalangan yang menurut rekod tahun 2010 hingga 2014 berlaku lebih 400 kemalangan antara laluan lama dari Mentara ke Kuala Lipis, mengurangkan kesesakan lalulintas atas Jalan Persekutuan 08 sedia ada terutamanya pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

“Mengekalkan ekosistem hidupan liar setempat, dengan pembinaan ‘eco-viaduct’ dekat kawasan Sungai Yu serta menjimatkan masa dari Kota Bharu ke Kuala Krai, seterusnya memasuki laluan CSR daripada kira-kira tujuh jam kepada kira-kira 4 setengah jam, dan jarak perjalanan daripada kira-kira 452 kilometer kepada 418 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis Seksyen 3E1 dari Mentara Ke Merapoh, di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof melepaskan kenderaan yang melalui laluan Mentara ke Merapoh pada Majlis Pembukaan Laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis Seksyen 3E1 dari Mentara Ke Merapoh, Lipis, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak dan Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB Dato’ Mustapa Long.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy juga berkata, pembukaan laluan dari Mentara ke Merapoh sepanjang 5.8 kilometer telah pun siap pembinaan pada 16 Februari 2020.

Menurutnya, secara keseluruhannya pencapaian jajaran laluan itu sudah 19 peratus atau 66.93 kilometer siap setakat ini manakala laluan melibatkan pakej lain sedang dalam proses pembinaan.

“Adalah diharapkan dengan pembukaan laluan ini, pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya.

“Kepada pihak kontraktor pula diharap, dapat segera membaiki apa-apa juga kelemahan atau kerosakan yang berlaku agar ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna sekalian,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof memperkatakan sesuatu pada Majlis Pembukaan Laluan Projek Central Spine Road Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis Seksyen 3E1 dari Mentara Ke Merapoh, Lipis, hari ini.

Sementara itu YB Dato’ Sri Fadillah Yusof pula berkata, selaras dengan keperluan aspek keselamatan dan kesesakan lalu lintas semasa, pelaksanaan projek itu telah dilaksanakan secara berperingkat bermula Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dengan keutamaan pelaksanaan bagi Pakej 3 dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang disebabkan isu keselamatan.

Belia berkata, Pakej 3 projek ini dibahagikan kepada 10 seksyen pembinaan. Tiga seksyen iaitu jajaran dari KM180.5 ke Mentara dan jajaran dari Kampung Seberang Jelah ke Kampung Relong adalah di peringkat pembinaan, manakala enam seksyen iaitu dari Mentara Ke Kampung Seberang Jelah, Pahang sepanjang 61 kilometer telah pun siap dibina.

“Sehubungan dengan itu, Projek Central Spine Road merupakan laluan alternatif yang selesa dan selamat bagi pengguna yang ingin menuju ke Pahang dan Kelantan menerusi Gua Musang apabila siap sepenuhnya.

“Projek merimpak tinggi ini juga sudah tentu akan melengkapkan lagi peta pembangunan infrastruktur di Pahang serta menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di sepanjang koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur,” katanya.

Projek Central Spine Road meliputi Pakej 1 dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 47km dengan kos RM1.1 billion; Pakej 2 dari Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan sepanjang 59.6km dengan kos RM1.4 billion; Pakej 3 dari Gua Musang ke Kampung Relong, Lipis sepanjang 93.8km dengan kos RM2.1 billion; Pakej 4 dari Kampung Relong ke Raub sepanjang 44.6km dengan kos RM 1.3 billion; Pakej 5 dari Raub ke Bentong sepanjang 54.1km dengan kos RM1.2 billion manakala Pakej 6 dari Bentong ke Simpang Pelangai sepanjang 47.5km dengan kos RM 1.6 billion.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: