Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail (kanan) berbincang bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim bin Muda pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa ribut hari ini

KEPUTUSAN GUNA STADIUM DARUL MAKMUR UNTUK PIALA MALAYSIA DALAM MASA TERDEKAT

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan memberi keputusan mengenai permohonan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mahu mengadakan kejohanan Piala Malaysia 2020 di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Pahang telah menerima permohonan untuk mengadakan kejohanan tersebut di Stadium Darul Makmur di sini bagi tujuan tersebut.

“Memang kita ada terima (permohonan) daripada MFL tapi setakat hari ni kita belum buat apa-apa keputusan.

“Kita akan merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, pihak stadium sendiri untuk kita perhalusi dan membincangkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Yee Hong, Indera Mahkota 2, di sini hari ini.

Permohonan menggunakan Stadium Darul Makmur, ini adalah sebagai salah satu kaedah alternatif oleh pihak MFL selepas Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

Selain Stadium Darul Makmur, MFL juga mengemukakan permohonan untuk menggunakan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan final. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: