Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
KUANTAN, 26 JUN 2020: Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dilihat semakin kedepan berbanding calon lain apabila sudah bertemu dengan kira-kira 60 peratus pengundi.
Mohd Sharim berkata, sambutan yang diberikan oleh pengundi kepadanya semakin positif termasuk di kawasan kampung tradisi dan perkampungan Orang Asli.
“Sambutan masyarakat kampung tradisi dan Orang Asli dilihat semakin positif malah ramai yang mengenai saya dan menyatakani sokongan kepada saya.
“Untuk tujuh hari berikutanya, saya akan cuba untuk habiskan berjumpa 40 peratus lagi pengundi terutamanya di kawasan tanah rancangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Memperkenalkan Calon BN PRK Chini di Dewan Mempelas, Kampung Salong di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Saudara Shahril Hamdan.
Katanya lagi, untuk golongan wanita, beliau akan berusaha untuk membantu mereka terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan.
“Sebelum ini Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun sentiasa membantu ibu tunggal supaya mereka boleh berdikari dan menambahkan pendapatan.
“Justeru saya akan meneruskan usaha Allahyarham dalam membantu golongan wanita terutamanya ibu tunggal supaya nasib mereka sentiasa terbela,” katanya. – PAHANGMEDIA