Pengerusi BN Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ketua UMNO Bahagian Pekan, YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato' Mohd Nizar Najib serta ADN Chini yang baharu, YB Mohd Sharim Md Zain selepas SPR mengumumkan Mohd Sharim sebagai pemenang pada PRK DN Chini, di Paloh Hinai, semalam.

KEMENANGAN BN DI PRK CHINI SANGAT CEMERLANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 5 JULAI 2020: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menggangap kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini sangat cemerlang kerana hasil kerjasama semua pihak.

Beliau berkata, kejayaan bersama ini adalah hasil usaha satu pasukan yang telah bersama-sama sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

“Semua pihak telah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kemenangan ini. Ini termasuk kepimpinan tertinggi yang dipimpin oleh Presiden UMNO, YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Malah di peringkat bahagian juga saya ingin berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berkempen dari pagi sehingga malam untuk memastikan kemenangan BN,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pengerusi BN Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Menteri Besar Pahang itu berkata, kemenangan YB. Encik Mohd Sharim Md Zain pada PRK itu membuktikan bahawa UMNO masih diterima oleh rakyat dan mampu membawa suara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakyat di Chini yang mengundi BN. Selain itu itu ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Katanya lagi, kejayaan ini juga kerana ramai pengundi luar yang pulang ke Chini untuk mengundi dan seterusnya memberi sokongan kepada calon BN.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) jika berlaku dalam masa terdekat.

“Walaupun ada beberapa perkara yang perlu dikaji dan diperhalusi namun kita sudah siap sedia walaupun bukan 100 peratus. Tetapi sekiranya PRU diadakan kita bersedia,” katanya.

BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri (DN) Chini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 12,650 undi.

YB. Encik Mohd Sharim diisytihar pemenang dengan memperoleh 13,872 undi manakala dua calon Bebas iaitu YM. Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli yang masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.
– PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: