Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

KELONGGARAN SYARAT BAGI OPERASI PREMIS PERNIAGAAN DAN SEKTOR PEMBINAAN

KUANTAN, 14 MEI 2020: Kerajaan Pahang hari ini memperkenalkan beberapa kelonggaran pada syarat-syarat berkaitan premis perniagaan dan sektor pembinaan di Pahang, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdi Wan Ismail berkata, semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi kecuali yang dilarang di bawah Warta Kerajaan Persekutuan (P.U. (A) 136).

Beliau berkata, premis perniagaan yang dimaksudkan termasuk gerai makan tepi jalan (berbumbung), pusat penjaja, penjaja tepi jalan (sementara) dan penjaja beredar di seluruh Pahang kecuali di kawasan atau lokaliti mempunyai kes positif baharu.

Kawasan atau lokaliti itu ialah, Pekan Dong (sehingga dimaklumkan kelak), Pasaraya TF Raub (sehingga 24 Mei 2020), Pasar Mini Bentong Segar (sehingga 20 Mei 2020), Flat Benus Bentong (sehingga 24 Mei 2020), Kilang Rubber Flex, Bentong (sehingga 24 Mei 2020) dan Pasar Mentakab (sehingga 24 Mei 2020).

“Ini adalah selain daripada Kawasan atau lokaliti yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Maklumat berhubung Kawasan atau lokaliti yang mempunyai kes positif baharu akan dikemaskini melalui laman sesawang pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, ujian saringan COVID-19 tidak perlu dilaksanakan sebelum premis dibuka kecuali bagi pekerja warga asing terutamanya dalam sektor pembinaan sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, saringan suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan. Hanya pekerja atau peniaga yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah selsius dibenarkan berada dalam premis.

Menurutnya, waktu operasi premis perniagaan dibenarkan bermula pada jam 7 pagi hingga 7 malam (kecuali bagi sektor yang diperincikan secara khusus).

“Bagi sektor pembinaan, tidak perlu membuat permohonan kebenaran melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi, pengisytiharan atau akujanji perlu dilaksanakan melalui sistem CIMS CIDB,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: