Pengerusi BN, YB Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada program makan tengahari bersama penduduk di Dewan Dato' Sri Abu Bakar di Kampung Bukit Udang, Pekan, hari ini.

KEJAYAAN PRK JADI MANIFESTASI PN: ZAHID

Oleh: Fairus Mohd

Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 27 JUN 2020: Kejayaan parti Barisan Nasional (BN) secara berturut dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini bakal menjadi manifestasi kesinambungan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, YB. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon yang diketengahkan BN bagi PRK Chini iaitu Mohd Sharim Md Zain merupakan calon pertama yang mewakili kerajaan PN.

“PRK Chini adalah PRK yang keenam dilalui oleh UMNO dan BN, tetapi PRK pada kali ini merupakan satu manifestasi yang lebih daripada lima PRK lalu kerana ini pertama kalinya BN bersama-sama PN mengetengahkan calon.

”Sebelum ini kita menang dengan bergaya atas Muafakat Nasional dan juga atas semangat Penyatuan Ummah, tetapi kali ini kita mahu melihat bahawa PN walaupun belum berdaftar secara rasminya, namun semangat PN ini diterjemahkan sebagai kesinambungan kepada kejayaan PRK yang lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Dato’ Sri Abu Bakar di Kampung Bukit Udang, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan serta barisan kepimpinan di peringkat negeri dan setempat.

Dalam pada itu, beliau melihat pemilihan Mohd Sharim berupaya untuk membawa suara anak-anak muda dan peneroka Felda.

“Beliau (Sharim) adalah generasi kedua Felda ianya bukan hanya manifestasi kepada peneroka Felda, penduduk dan pengundi kampung tradisional Melayu dan kawasan Orang Asli.

“Saya fikir ini adalah manifestasi untuk memperlihatkan suara anak muda terus dikumandangkan melalui keberadaan Sharim dengan Ahli Dewan Negeri,” katanya yang berpuas hati dengan prestasi jentera tempatan BN bagi PRK Chini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan kepimpinan Barisan Nasional di Pahang yang telah mencatat kecemerlangan dan keprihatinan yang jitu terhadap setiap lapisan rakyat.

“Saya meneliti prestasi BN di Negeri Pahang di mana semua Ahli Dewan Negeri kepimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy telah memperlihatkan prestasi yang cemerlang terbukti daripada kutipan cukai, pengagihan peruntukkan untuk di mana kita dapati bahawa pengagihan ini bukan hanya kepada Ahli Dewan Negeri BN tetapi PAS pun diberi sama rata.

“Ini memperlihatkan keadilan yang dibuat oleh beliau untuk membuktikan bahawasanya BN mengambil peduli kepada semua Ahli Dewan Negeri di negeri Pahang,” katanya. –PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: