Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim.

KEJAYAAN MUAFAKAT NASIONAL PRK CHINI HASIL TAAT DAN PATUH PADA ARAHAN PARTI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

PEKAN, 04 JULAI 2020 : Ketaatan kepada arahan pemimpin dan patuh pada kerjasama di antara PAS dan UMNO menjadi kejayaan besar calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim berkata jentera PAS sentiasa menyokong penuh calon BN sejak dari awal lagi sehinggalah ke hari pengundian berjalan.

“Sokongan PAS ini Alhamdulillah, kita mengikut kata, taat pimpinan kita. Pimpinan kita kata kita bersama dengan Muafakat Nasional, maka kita all out sepenuhnya bagi sokongan yang padu dan bekerja tak kira waktu, tak kira masa, bertungkus lumus, Alhamdulillah ini hasil dia.

“Kita berpegang dan kita taat kepada pimpinan kita. Bila pimpinan kata kita mesti bersatu dengan Muafakat Nasional maka kita beri sepenuhnya komitmen-komitmen yang diperlukan bagi memastikan PRK ini memihak kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan kejayaan BN bersama jentera di Dewan Selasih, Paloh Hinai di sini.

Mengulas mengenai jumlah undi yang diterima calon BN, Mohd. Sharim Md.Zain sebanyak 12,650 undi yang dikira berkurang daripada jumlah hampir 15,000 jika digabungkan undi yang diterima PAS dan BN pada PRU-14, beliau berkata ini sebenarnya telah pun dikira berjaya.

“Alhamdulillah target yang kita target tu berjaya. Atas kertas jika digabungkan jumlah undi yang diterima pada PRU-14 memang dalam 15,000 undi tapi kita lihat jumlah keluar mengundi, tolak yang rosak, tinggal dalam 12,000. Jadi ini adalah satu kejayaan sebenarnya,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kemenangan BN pada malam ini adalah bukti kejayaan kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kemenangan di Chini ini adalah bukti kepercayaan rakyat kepada kerjasama di antara Muafakat Nasional dan direstui oleh kerajaan Perikatan Nasional yang terus komited untuk membela nasib rakyat.

“Jadi kemenangan ini sudah cukup positif menjadi petanda tentang harapan rakyat di Chini,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata kemenangan BN dalam PRK
Chini ini menunjukkan kepercayaan penduduk Chini terhadap BN.

“Ini menunjukkan rakyat Chini yakin dan percaya bahawa calon BN mampu membawa kebaikan secara keseluruhan kepada pembangunan di kawasan ini.

“Kemenangan ini juga mampu memperkasakan insaniah terhadap Muafakat Nasional dan ini adalah perkara yang kita tekankan kepada penduduk Chini ini sepanjang dua minggu berkempen,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: