Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mendayung sendiri sampan bagi ke rumah penduduk yang terjejas di Kampung Acheh di Pekan.

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG DAYUNG SAMPAN KE RUMAH RAKYAT TERJEJAS BANJIR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN , 14 JANUARI 2021: Walaupun dalam keadaan banjir yang masih berarus deras tidak menghalang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk mendayung sendiri sampan bagi ke rumah penduduk yang terjejas di Kampung Acheh di sini.

Seri Paduka bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menziarahi rumah mangsa yang ditelenggami banjir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di Pekan.

Turut menaiki sampan berkenaan adalah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda berkenan bercemar duli menziarahi mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Pekan.

Ketika di PPS Pulau Rumput, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempat berseloroh dengan kanak-kanak yang menjadi mangsa banjir di situ dengan meminta mereka membuka bungkusan makanan yang berikan oleh baginda.

“Tengok ada apa dalam tu (bungkusan). Simpan buat benda dan tengok benda dalam tu,” titah baginda.

Dalam lawatan itu, KDYMM Raja Permaisuri Agong turut berkenan membantu memasak menu opor daging bersama penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Temai.

Baginda tuanku berdua turut berkesempatan melihat dan beramah mesra bersama penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di kawasan terlibat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menyedok makanan untuk mangsa banjir.

Kampung-kampung yang diziarahi Seri Paduka Baginda sekeluarga ialah Kampung Tanjung Medang, Kampung Acheh, Kampung Temai, Kampung Padang Rumbia, Kampung Pulau Rumput, Kampung Serambi dan Kampung Paloh Hinai.

Sumbangan bekalan makanan untuk penduduk terjejas turut diagihkan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Turut berkenan hadir, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. – -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,142 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download