Wakil KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’atuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah memberikan sumbangan kepada keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, yang maut dalam nahas jalan raya Isnin lalu.

KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN SAMPAI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 9 DISEMBER 2020: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’atuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan memberikan sumbangan kepada keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, yang maut dalam nahas jalan raya Isnin lalu.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pegawai Khas Sultan Pahang, YH. Tok Aria Rakna Ahmad Nurbadelin Abdul Murad dan Pegawai Khas (Kebajikan), YH. Dato’ Abdul Rahman Endut di kediaman kedua-dua keluarga mangsa di Peramu Jaya dan Kuarters Klinik Kesihatan Peramu Jaya di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, pemandu, Mohd Zuhairi Abdullah, 35, dan jururawat, Julayha Kudus, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu, di sini.

Wakil KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’atuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah memberikan sumbangan kepada keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, yang maut dalam nahas jalan raya Isnin lalu.

Sementara itu, suami kepada Allahyarhamah Julayha, Asmawi Yusoff, 46, berkata, beliau cukup terharu di atas keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

“Saya terkejut selepas mendengar wakil Seri Paduka Baginda mahu datang ke rumah untuk melawat kami sekeluarga. Saya rasa sebak dan gembira atas keprihatinan Seri Paduka Baginda,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, beliau kini masih dalam keadaan terkejut dan sedang menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa isteri, malah empat orang anaknya berusia antara 14 hingga lima tahun mula merindui ibu mereka.

Sumbangan turut disampaikan kepada isteri Allahyarham Mohd Zuhairi di kediamannya di Kuarters Klinik Kesihatan Peramu Jaya di sini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,270 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download